Ruj.Kami : JPS (W)SKMM(KK)153/05/10/(42)
Tarikh : 27 Januari 2011
Ibubapa/Penjaga
Sekolah Kebangsaan Merbau,
Miri.
Tuan/Encik/Puan,
PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI KOKURIKULUM 2011
Sukacitanya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Merbau akan mengadakan aktiviti kokurikulum mulai 08 Februari 2011 dan pelajar-pelajar dalam Tahun 3,4,5 dan 6 WAJIB menyertai aktiviti kokurikulum ini, merujuk kepada surat daripada Pejabat Pelajaran Daerah Miri Ruj: JPS(w)PPDM(suk)153/05/01/06/Jld.5.(24) mengenai Dasar Pelaksanaan 1 MURID 1 SUKAN.
3. Untuk makluman pihak tuan/puan, murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 akan dinilai dari aspek kehadiran (50%), penglibatan, pencapaian dan jawatan yang disandang.
4. Sehubungan itu,bersama-sama ini disertakan jadual aktiviti kelab, persatuan beruniform dan permainan bagi memudahkan pihak tuan/puan menghantar anak-anak mengikut aktiviti tersebut.
Sekian,terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
No comments:
Post a Comment