Pages

Followers

Share!

Share |

Friday, January 28, 2011

FREEFLOW - Misteri Bahasa Cinta

Ternyata terlalu banyak istilah untuk mengambarkan cinta dan di setiap kata-kata itu tersembunyi maksud yang tersendiri. Apa yer sebenarnya maksud di sebalik kata-kata seseorang kepada you all?
  1. CINTA adalah pengalaman manis yang dialami oleh setiap orang di dunia. Pasti you all juga ingin merasakan kemanisan dan kebahagiaan mencintai dan dicintai. Cinta itu tidak buta kerana kita sendiri dapat merasainya serta  menikmatinya. Jadi, mana datangnya istilah cinta itu buta? Dalam bercinta, you all perlu bijak dalam membuat keputusan walaupun terpaksa berkorban demi si dia. Yang penting,cinta bukan hanya sekadar kata-kata yang keluar  daripada bibir tetapi perlu disusuli dengan tindakan yang ikhlas.
  2. Perasaan dan kata-kata di fikiran pada saat kita berasa wujudnya saingan yang akan mengganggu hubungan dengan BF disebut CEMBURU. Belum lagi apabila si dia melebih- lebihkan gurlz lain tanpa menghiraukan perasaan you all. Tahu,kan rasanya? Rasa tidak puas hati setiap kali melihat BF bersama gurlz lain. Rasa macam nak bagi penampar pun ada,kan? Hehe..hehe..
  3. CINTA MONYET itu cinta yang dialami oleh remaja seperti you all. Walaupun sering dianggap biasa oleh orang dewasa tetapi cinta ini penting sekali. Inilah yang akan menjadi pengalaman untuk you all pada masa akan datang supaya setiap kesalahan semasa menjalani percintaan monyet ini tidak diulangi lagi.
  4. DATE bererti hangout bersama seseorang yang you all suka. Mungkin dinner atau lunch. Mungkin juga pergi menonton wayang.Apa sahaja aktiviti yang dilakukan mesti berdua.
  5. DIDUAKAN bererti BF you all berusaha menggantikan posisi you all dengan orang lain. Belum tentu secara rasmi tetapi sudah ada orang lain selain daripada you all. Auuuuchh!!! That's really hurt, man!!
  6. ADMIRE itu apabila seseorang yang you all suka dan inginkan si dia menjadi sesuatu yang istimewa di dalam hati. Kalau boleh,secepatnya. Tidak hairanlah you all akan sentiasa berusaha untuk memikat hatinya supaya lebih dekat dengan you all.
  7. Bercouple tetapi masih DIAM-DIAM kerana tidak berani menghebohkan kepada kengkawan atau keluarga. Kenapa? Takut komitmen,yer?
  8. KOMITMEN adalah janji untuk setia bersama seseorang selamanya. Seperti kata pepatah "till death do us apart" -Robert Sternberg.
  9. Setelah you all mengenal seseorang dengan semakin RAPAT, you all ingin menjadikan mereka our someone special. Ingin rasa disayangi dan menyayangi.
  10. Dengan MELUAHKAN kata hati, you all sebenarnya berusaha menyatakan perasaan terhadap orang yang disayangi. Untuk apa?Untuk mengetahui perasaannya terhadap kita. Hasilnya? Kalau green light,you all pun tersenyum sepanjang hari tetapi jika ditolak, hmmm...patah hati.
  11. IN RELATIONSHIP itu apabila seseorang yang you all anggap lebih daripada teman dan terlibat dalam hubungan yang romantis. Setelah you all memutuskan untuk menjadi seseorang didalam hidup seseorang yang lain bererti you all juga terlibat secara langsung dengan emosi si dia. Ini bererti perlu saling sayang menyayangi dan jujur dalam perhubungan.
  12. Perasaan gembira yang luar biasa pada saat you all bertemu someone special adalah sesuatu yang disebut PASSION. Bukan cuma perasaan you all berbaur gembira sahaja malah semua perasaan yang berhubung dengan orang tersayang termasuk geram, marah, sakit hati, cemburu, rasa senang dan sebagainya.
  13. Orang yang POSESIF merasa memiliki control terhadap orang yang disayangi. Segala perkara tentang si dia harus diatur. Posesif muncul kerana you all memiliki oerasaan khuatir dan cemburu yang berlebihan. Juka seseorang bersikap posesif bererti you all amat penting buat mereka. Tetapi malangya, ianya lebih banyak membawa impak negatif kerana akan terasa diri dikongkong dan tidak bebas.Mungkin juga sikap ini terjadi kerana si dia mula bersikap curang. Dengan take control of you all,maka lebih senang si dia merancang aktivitinya kerana telah mengetahui you all di mana dan apa yang di lakukan.Boyz memang panjang akal,tau!
  14. CURANG adalah satu hubungan yang tidak sepatutnya terjadi apabila dua insan mengikat kata cinta. Ini kerana you all sudah memiliki seseorang yang menerima dan mencintai diri you all separuh mati malah setia yang teramat sangat dan mengapa perlu wujudnya orang ketiga dalam perhubungan,sama ada curang daripada segi fizikal ataupun perasaan.Kekurangan pada pasangan itulah yang patut diterima.Barulah betul menerima dirinya apa adanya.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

What you think about this blog?